KUALA LUMPUR: Keberanian pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut kedaulatan negeri Sabah adalah disebabkan kurang pengalaman diplomasi antarabangsa oleh bekas Ketua Menteri Sabah pada tahun 2018.
Perkara itu kata Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman, apabila bekas ketua menteri tersebut mengambil tindakan semborono melayan tuntutan waris Kesultanan Sulu dengan mahu mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Filipina.
Anifah yang juga bekas Menteri Luar berkata, pendekatan terbaik yang sewajarnya dilakukan oleh bekas ketua menteri interim itu ialah tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.
"Semasa saya menjawat jawatan Menteri Luar, Filipina tidak berpernah bertegas (tuntutan) seperti sekarang. Saya menyalahkan bekas ketua menteri Sabah interim yang lalu (2018) disebabkan kurang pengalaman dan tidak tahu menanganinya menyebabkan Filipina berani membuat tuntutan tidak berasas itu.
"Hal ini membuktikan bagaimana beliau mengabaikan sejarah negara dan undang-undang antarabangsa sekali gus mengugat kedaulatan negeri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA: Sabah tidak iktiraf tuntutan waris Sultan Sulu, sifatkan ia tidak masuk akal - Hajiji
BACA: Malaysia tidak layan, iktiraf tuntutan waris Kesultanan Sulu
Dalam pada itu, Anifah memberi nasihat kepada bekas ketua menteri Sabah itu untuk mengambil masa dan belajar hubungan diplomasi serta cara untuk mengendalikan hubungan antarabangsa bagi mengelak kesilapan terutama melibatkan kedaulatan negara.
Beliau turut merujuk nasihat itu kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang tidak mengambil berat tentang implikasi surat yang diutus kepada Paul Cohen dan pihak timbang tara Dr Gonzalo Stampa.
"Saya kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan pihak tertentu terhadap Sabah.
"Ini kerana, Sabah diiktiraf oleh United Nations (UN) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dalam Malaysia sejak penubuhan Persekutuan pada 16 September 1963.
"Malah, rakyat Sabah juga memilih pada tahun 1963 untuk membentuk Malaysia berbanding menjadi sebahagian daripada Filipina," katanya.
Baru-baru ini, Wisma Putra dan Peguam Negara dalam kenyataan bersama mengatakan bahawa Malaysia telah menolak perintah timbang tara Perancis untuk membayar hampir RM63 bilion kepada waris Kesultanan Sulu.
Tambah kenyataan bersama itu lagi, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan itu dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara itu kerana Malaysia sentiasa mempertahankan dan tidak pernah mengetepikan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.
Untuk rekod, pada 22 Januari 1878, perjanjian dimeterai antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.
Perjanjian itu bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Sabah namun selepas pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah pada, Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan kepada Waris Kesultanan Sulu.
Lanjutan daripada tindakan tersebut, Firma Guaman yang mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu (Penuntut) memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878.
Astro Awani
Sun Mar 13 2022
Anifah yang juga bekas Menteri Luar berkata, pendekatan terbaik yang sewajarnya dilakukan oleh bekas ketua menteri interim itu ialah tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
MA63: Tuntutan Sabah demi kesejahteraan negara - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata tuntutan berkenaan adalah berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak munasabah: Ini sebabnya..
Sekiranya benar Filipina bertekad ingin menuntut Sabah, kenapa Perjanjian Kerjasama Anti-Penyeludupan pada tahun 1967 dimaterai di antara kedua-dua negara dahulu?
Tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin menegaskan tiada kompromi berhubung soal kedaulatan negeri Sabah.
Sabah dalam peta pasport Filipina, Wisma Putra tidak teragak-agak ambil tindakan tegas
Kerajaan mengharapkan pemimpin di peringkat negeri atau peringkat Persekutuan tidak mengeruhkan situasi demi kepentingan politik peribadi.